JIBRIL DIGITAL · AHMAD LONDON ENTERPRISE

Terma Penggunaan / Terms of Use

Dikemas kini: 15 Ogos 2026

Dengan menggunakan JC Affiliate System, anda bersetuju dengan terma berikut.

1. Perkhidmatan

JC Affiliate System membantu menghasilkan idea copywriting affiliate dan, untuk pengguna Pro, menerbitkan kandungan yang telah disemak ke Threads. Fungsi boleh ditambah, diubah atau dihentikan bagi tujuan keselamatan dan penambahbaikan.

2. Akaun

Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan dan aktiviti akaun. Satu akaun adalah untuk pemilik berdaftar dan tidak boleh dijual, disewakan atau digunakan untuk menyalahgunakan perkhidmatan.

3. Kandungan dan tanggungjawab pengguna

Anda mesti menyemak ketepatan setiap kandungan sebelum digunakan atau dipost. Jangan membuat tuntutan palsu, spam, melanggar hak cipta, mempromosikan produk dilarang atau melanggar polisi platform. Anda kekal bertanggungjawab terhadap kandungan dan link affiliate anda.

4. Tiada jaminan pendapatan

Keputusan affiliate bergantung pada produk, audiens, harga, strategi dan usaha anda. Kami tidak menjamin jualan, komisen, view atau pendapatan tertentu.

5. Pelan berbayar

Pelan RM49.90 memberikan akses seumur hidup sepanjang hayat operasi produk ini, tertakluk kepada terma, perubahan teknologi dan penamatan akibat penyalahgunaan. Sehingga 5 janaan disediakan bagi setiap tempoh 24 jam serta 10 bacaan gambar AI awal; selepas kuota berkaitan habis pengguna boleh memasukkan API KEY sendiri. Ia bukan jaminan bahawa setiap fungsi pihak ketiga akan kekal tersedia selama-lamanya.

6. Threads dan pihak ketiga

Fungsi Meta bergantung pada Threads API dan kelulusan pengguna. Meta boleh mengubah had, permission atau polisi. Kami boleh mengehadkan kekerapan posting untuk melindungi pengguna dan perkhidmatan. JC Affiliate System ialah alat bebas dan tidak mempunyai hubungan rasmi, pengesahan atau tajaan daripada Google, Meta atau Threads.

7. API KEY

Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan API KEY sendiri, memantau kuota Google dan memadam atau menggantikannya jika disyaki terdedah. Jangan berkongsi API KEY melalui mesej, email atau media sosial.

8. Penamatan

Kami boleh menyekat akaun yang melakukan penipuan, serangan sistem, perkongsian akses berlebihan, spam atau pelanggaran undang-undang dan polisi platform.

9. Hubungi

Soalan berkaitan terma boleh dihantar ke ahmadlondonenterprise@gmail.com.